Masyaallah,Pemilik Bengkel Ini Memaca Al-Qur’an Sambil Menunggu Pelanggan

Masyaallah,Pemilik Bengkel Ini Memaca Al-Qur’an Sambil Menunggu Pelanggan
Masyaallah,Pemilik Bengkel Ini Memaca Al-Qur’an Sambil Menunggu Pelanggan

 


Pemilik Bengkel Ini Memaca Al-Qur’an Sambil Menunggu Pelanggan.

Walau dalam kesibukan bekerja, pasti akan ada waktu-waktu ’emas’ untuk seseorang insan membaca al-Quran. Sebagai seorang Muslim di muka bumi ini tak salah jika kita gunakan waktu terluang untuk mencari keredhaanNya. Walauupn naskah Al-Quran tersebut kelihatan usang, tetapi tidak mematahkan semangat seorang pemilik bengkel kereta ini untuk membacanya setiap kali menunggu pelanggan datang.

Lelaki Ini Kagum, Pemilik Bengkel Ini Baca Al-Quran Sambil Tunggu Pelanggan  Datang - Majalah Harian

Kisah yang penuh inspirasi ini dikongsi oleh Nik Amriza Saliqin menerusi laman Facebooknya. Ikuti kisah pakcik ini yang penuh dengan teladan dan inspirasi. Moga kita semua akan mendapat mempraktikkan dalam kehidupan harian.

Al kisah pergi workshop nak service proton saga kesayangan, berpuluh orang dah foreman melayu yang saya berurusan dan bermacam jenis ragam.. Tetapi kali ni Allah temukan saya dengan insan yang agak “RARE” di zaman 2020 ni..

Seorang tokey workshop mengisi masa lapang sambil menunggu customer masuk ,sempat dia baca Al-Quran walaupun tangan agak sedikit kotor..

Allah mengajar melalui Af’al(perbuatannya).. Kita lihat,belajar muhasabah diri kita,sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta.. Ya Allah murahkanlah rezeki pakcik ini.. Berkat kaya dan berjaya dunia akhirat serta jauh az4b api n3raka.. Maaf pakcik saya posting gambar, untuk beri semangat kepada diri saya dan sahabat semua..

Akhir Kata

Semogo Insan Sepertinya Tidak Hilang Ditelan Zaman.

Sumber Dan Rujukan

Sembang Dunia